Pages

Monday, 3 December 2018

BILA ANDA SAMBUNG BISNES KEDAI MAKAN DARIPADA OWNER BANGSA CINA..APA PERLU ANDA BUAT UNTUK MARKETING?..

Saya berkesempatan minum di sebuah kedai makan di tengah bandar.. dulu owner bangsa cina.. sekarang dah diambil alih oleh orang Melayu.. menu semua ok.. saya cuba roti bakar dan telur kg separuh masak..layan teh tarik..memang terbaikk..


Menu di kedai ni semua ok..ada asam pedas dan macam2 lagi.. kiranya ada pilihan untuk selera pelbagai kaum di Malaysia ni.. 

Tapi apa yang saya nak cerita tentang bagaimana pemilik baru ni nak hadapi situasi yang mana orang ramai masih tak tahu kedai ni dah bertukar ownernya.. dan bagaimana nak tarik lebih ramai pelanggan datang makan di kedainya..

Inilah cabaran berniaga..Jika tak pandai buat marketing memang susah nak bertahan lama..berbalik kepada asas kita berniaga tujuannya untuk apa? adakah kita dapat bantu menyelesaikan masalah ramai orang setiap hari?.menjual produk makanan memang mudah kerana semua orang nak makan setiap hari..betul? Tapi adakah semua orang nak makan apa yang kita jual tu hari-hari?..

Apa yang boleh saya katakan ialah perlu ada strategi menarik pelanggan..ada beberapa situasi yang perlu difikirkan..bagaimana nak bagitau orang yang tak pernah lalu depan kedai kita, nak ajak singgah orang yang dah lalu tapi tak perasan kedai kita, orang yang nak parking tapi tak dapat parking, yang dah masuk tapi tak tau ada menu yang best mengikut seleranya dan yang dah makan tapi nak suruh datang lagi bawa kawan-kawan hari esoknya dan seterusnya..

Dalam dunia perniagaan, peganglah kepada 4 kunci pemasaran ini, nescaya anda tidak akan rugi..
1. Buat orang NAMPAK
2. Bagi mereka KENAL
3. Biar mereka SUKA
4. Buat mereka PERCAYA
Jika kesemua kunci pemasaran ini telah dibuka, percayalah mereka akan terus support bisnes anda untuk tempoh yang lebih lama..

-Fdin-

No comments:

Post a Comment