Pages

Wednesday, 21 November 2018

Pernah duduk mcd di meja reserved tak?
Tu maknanya anda bukan biasa-biasa lah..

#BeBoldorItalicNEVERRegular








Dalam bisnes hari ni, pesaing kita semakin banyak..jadi kita mesti sentiasa updatekan bisnes kita supaya nampak berbeza..ada beberapa perkara kita perlu muhasabah bisnes kita ni..

1. Brand
Adakah brand kita dah betul2 bagus..maksud saya dari sudut jenama..adakah ianya mudah disebut? warnanya sesuai ke? bentuknya menarik ke? dan jika dipamerkan ia mudah diingati?..

2. Produk/Servis
Cuba lihat produk kita tu kategori keperluan atau kehendak atau produk bermusim..kalau keperluan tu kiranya hari2 orang nak guna..kalau kehendak ni tak semua orang nak guna..kalau takde pun takpe..

3. Marketing
Apa yang kita dah buat selama ini untuk melariskan jualan produk..ada buat iklan? ada guna online tools untuk hebahan atau hanya buka pintu kedai dan tunggu orang datang setiap hari? atau ada buat flyer dan edarkan di kawasan kejiranan?..

4. Database
Berapa ramai pelanggan kita sejak mula2 buka bisnes ni?..dan berapa ramai yang dah beli berulang2 kali? ada tak yang sekali tu je dia datang beli lepas tu dah tak nak dah?..dah simpan berapa banyak nombor telefon pelanggan dan bakal pelanggan?..

5. Award
Orang memberi kita menerima..
pelanggan dah beli untungnya kita kongsikan bersama.. Ini lumrah hidup kita..hargai pelanggan dengan beri ganjaran atau sesuatu yang mereka rasa dihargai..ianya tak semestinya mahal..walau dengan 1 sms ucapan penghargaan pun akan buat pelanggan terharu..

Jika bermanfaat sila Like dan Share!

-Fdin-
#ideaprintworks

No comments:

Post a Comment