Pages

Tuesday, 23 October 2018

Senarai marketing tools yang anda mesti sediakan dari sekarang menjelang tahun 2019

Pernah dengar tak? 
Orang buat bisnes buka kedai modal ratus ribu, produk menarik dan bagus, tapi lepas 3 bulan je bungkus...Kenapa tu? Rasanya kena mandrem ke atau tak buat marketing..yang konsisten?..

Saya nak share tentang pentingnya para peniaga dan usahawan agar bersiap sedia dengan cabaran getir bidang bisnes pada tahun hadapan. Perkara paling penting yang anda mesti sediakan ialah bajet untuk 'Marketing'... Anda dah ada bisnes, dah ada produk dan sedang menjalankan bisnes masing-masing, tetapi anda cuba lihat di sekeliling anda sekarang...berapa ramai lagi orang lain yang jalankan bisnes yang sama atau lebih kurang sama dengan anda?

Jika anda tak mahu untuk tambah nilai atau berdiri lebih tinggi dari pesaing anda, atau duduk di hadapan mereka..macamana prospek nak nampak kelebihan produk atau perkhidmatan anda?..atau jika anda tak jaga pelanggan sedia ada, mungkin mereka akan lari dan membeli dari pesaing anda pula..haa..cuba fikirkan sekejap tentang hal ini..

Berikut merupakan 20 senarai 'Marketing Tools & Equipments' yang saya cadangkan kepada anda untuk pilih dan buat mengikut kadar bajet yang sesuai dengan bisnes anda..

1. Kalender Kuda 
2. Kalender Islamik
3. Diary Notebook
4. Kupon Voucher
5. Merchandise 
6. Gift Card
7. Membership Card
8. Cabutan Bertuah
9. Backdrop
10. Banner
11. Bunting
12. Flyer
13. Business Card
14. Stamp Collect Card
15. Flag
16. Tshirt
17. Topi
18. Poster
19. Katalog
20. Sampel Produk

Cukuplah 20 dulu..sebenarnya ada banyak lagi yang anda boleh buat untuk marketing bisnes anda, cuma kalau anda fokus 2 atau 3 jenis je pun dah cukup nak letupkan sale anda nanti..Bagaimana anda lakukannya bergantung skill  dan kreativiti masing-masing..

Sekarang ni pun marketing lebih mudah guna medium online je..saya suka nak share tentang 3 medium kat online ni yang best untuk anda applykan dalam bisnes masing-masing..Nak tau tak?..Sila say 'Nakkk'...

Ok..sebenarnya 3 benda ni ialah media sosial seperti facebook dan instagram, website dan blog...3 platform inilah yang anda semua mesti ada..inilah yang membolehkan bisnes anda dikenali di seluruh dunia dengan pantas..saya akan sharekan lebih lanjut tentang 3 benda ni kemudian..

Apapun, saya harap anda semua yang berbisnes sentiasa bersemangat dan jangan putus asa walau apapun yang berlaku..Sentiasa cari jalan untuk tambah baik bisnes sedia ada tak kira dari segi kualiti produk atau perkhidmatan kepada pelanggan..

Ingatlah, memujuk pelanggan baru untuk beli produk kita lebih susah 10 kali ganda berbanding ajak pelanggan sedia ada untuk repeat sale...

Ok sekian,

~Fdin~





No comments:

Post a Comment